Thursday, February 9, 2012

Alasan malas memblog

1) sbb dah ade facebook. maka lebih suka update kat situ (elehh mcm dia sorg pakai facebook)

2) sbb sibuk dengan anak dan suami (elehh mcm org lain takde..)

3) sbb sibuk dgn keje (elehh mcm org lain tak keje)

4) sbb tunggu laki beli laptop baru (laki kata tunggu bonus baru bleh beli..tu pun kalau tak beli benda lain dulu)

*ni update sbb nak key in markah budak dlm SPPBS tak dapat....lembab.

Wednesday, August 24, 2011

kenapa hari-hari mesti di'torture' begini?

di Amansiara, tempat di mana kami tinggal ada sebuah flyover baru. jarak masa untuk melintas ke jln sebelah cuma 1 minit. pantas tak? boleh sampai ke tempat kerja dlm masa 15 minit. baru siap awal bulan Ogos. baru pernah pakai sekali saja sejak siap. lain2 hari, tutup dengan batu konkrit warna kuning. benci.

jd terpaksa exit ikut jln biasa dan buat u-turn depan Templer Park. jarak nak sampai u-turn, 2.5 minutes. jd pusing balik utk jumpa balik exit Amansiara on opposite road, 5 minutes. Sampai tempat kerja dalam masa 20 minit. buang masa.

tapi, sejak 2 minggu ni, u-turn kegemaran telah ditutup atas alasan kerja2 pembaikan sedang dijalankan. sejak 2 minggu jugak tak pernah nampak sorang pun pekerja buat kerja. jd dah 2 minggu lah ditutup dan tak dibuka-buka. benci lagi.

maka terpaksa lah mencari u turn seterusnya. jarak lebih kurang 3.5 km dari exit. MALANGNYA, tutup juga atas alasan yg sama. GILA.

takpe, jgn putus asa. mari mencari u-turn seterusnya. ya, kali ini jarak lebih kurang 5km dari exit, pusing balik jd 10 km! masa yang diambil 8-10 minit bergantung kepada keadaan trafik dan kereta yg kita ikut di depan. kalau lori, lambat lagi lah. masa untuk sampai ke tempat kerja adalah 30 minit! 2 kali ganda dari masa yg sepatutnya.

kalau nak tutup jln pun, at least buat keje sungguh-sungguh. tak la sakit sangat mata memandang kon2 di tepi jln. kalau kon plastik takpe jugak. ni hentam kon konkrit warna hitam kuning tu. haiihh..


Saturday, August 13, 2011

NisS Fharid?

ya ya aku tau lah ramai yg akan tanya. nape blog baru yg begitu jujur nak pakai nama sendiri instead of the former one yg pakai nama Suka Hati dulu tuu? mana pegi Suka Hati? Suka Hati ada lagi tp dah berhabuk pekat tak larat nak vacum pastu rasa syok nak buka blog baru sebab takleh nak catch up lg dah. ok? bleh terima ke alasan mcm tu? ok la kan. bukan kena bayar pun buka blog pakai www.blogger.com, jgn la kecoh. :p. ok, selamat berpuasa.