di Amansiara, tempat di mana kami tinggal ada sebuah flyover baru. jarak masa untuk melintas ke jln sebelah cuma 1 minit. pantas tak? boleh sampai ke tempat kerja dlm masa 15 minit. baru siap awal bulan Ogos. baru pernah pakai sekali saja sejak siap. lain2 hari, tutup dengan batu konkrit warna kuning. benci.
jd terpaksa exit ikut jln biasa dan buat u-turn depan Templer Park. jarak nak sampai u-turn, 2.5 minutes. jd pusing balik utk jumpa balik exit Amansiara on opposite road, 5 minutes. Sampai tempat kerja dalam masa 20 minit. buang masa.
tapi, sejak 2 minggu ni, u-turn kegemaran telah ditutup atas alasan kerja2 pembaikan sedang dijalankan. sejak 2 minggu jugak tak pernah nampak sorang pun pekerja buat kerja. jd dah 2 minggu lah ditutup dan tak dibuka-buka. benci lagi.
maka terpaksa lah mencari u turn seterusnya. jarak lebih kurang 3.5 km dari exit. MALANGNYA, tutup juga atas alasan yg sama. GILA.
takpe, jgn putus asa. mari mencari u-turn seterusnya. ya, kali ini jarak lebih kurang 5km dari exit, pusing balik jd 10 km! masa yang diambil 8-10 minit bergantung kepada keadaan trafik dan kereta yg kita ikut di depan. kalau lori, lambat lagi lah. masa untuk sampai ke tempat kerja adalah 30 minit! 2 kali ganda dari masa yg sepatutnya.
kalau nak tutup jln pun, at least buat keje sungguh-sungguh. tak la sakit sangat mata memandang kon2 di tepi jln. kalau kon plastik takpe jugak. ni hentam kon konkrit warna hitam kuning tu. haiihh..
NISS! duk amansiara ke? i depan umah u selayang height!
ReplyDeletenurul, sori i baru buka blog. malas nak memblog la skang ni. aah i duduk amansiara, tp for temporary only..sewa je. selayang height yg warna kuning opposite amansiara tu ke?
Delete